Order Form

Name:
Email Address:
Alamat penghantaran:
No. Telefon:
Produk: Tudung Mesir bidang 60
Stokin Kaki Sandy
Stokin Kaki Silvy
Stokin Tangan Carina
Stokin Tangan Donna
Stokin Tangan Silvy
Bedak Arab Kokuryu
Gam Arab al-Manna
Kod Item dan Kuantiti:
Inquiries / Pertanyaan:

Form provided by Freedback.

Friday, January 9, 2015

Gam Arab Al-Manna

sumber : Google



Harga pasaran : RM 120 - RM 160 per kg

Harga Misr Collections :
750 gm (di pack dlm balang kaca) - RM85 Semenanjung, RM90 Sabah Sarawak
1 kg (di pack dlm plastik) - RM100 Semenanjung, RM105 Sabah Sarawak

Sample disediakan !
100 gm - RM16 Semenanjung, RM18 Sabah Sarawak 


Arabic Gum @ Getah Arab adalah sejenis produk asli dari resin pokok Akasia yang tumbuh di Sudan. Di sebelah barat mereka memanggil Al Manna ini dengan " Acacia Powder".
Di negara Arab ia digelar "Bread from heaven" kerana Arabic Gum atau Al manna ini ada disebut di dalam kitab Al-Quran dalam surah Al-baqarah ayat 57.

“ Dan kami teleh menaungi kamu dengan awan (panas matahari di padang pasir) dan kami turunkan kepada kamu “manna dan salwa”, (serta kami berfirman):, Makanlah dari makanan yang baik yang kami telah kurniakan kepada kamu”, dan tidaklah mereka menganiaya kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu) tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri “.Surah Al-Baqarah Ayat 57

Arabic Gum (dipanggil Gam Arab di Malaysia) ada 2 jenis, iaitu Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Acacia Senegal adalah jenis Gum Arabic yang terbaik dan biasanya digunakan untuk makanan tambahan kesihatan dan dalam industri-industri pemakanan dan perubatan. Manakal Acacia Seyal biasanya digunakan untuk industri-industri lain. Gum Arabic juga kadangkala dipanggil Gum Acacia, terutamanya di Amerika dan Eropah.

Berikut adalah fakta-fakta dan maklumat tentang Gum Arabic atau mengenai kebaikan-kebaikan Gum Arabic (Acacia Senegal):-

1. US Food and Drug Administration (USFDA) menyatakan Gum Arabic adalah satu sumber serat makanan yang paling selamat.

2. Jawatankuasa Bersama Pakar Food and Agriculture Organization (FAO) & World Health Organization (WHO) telah bersama-sama membuat ujian tentang penggunaan ke atas gum arabic dan mengesahkan bahawa Gum Arabic adalah bahan yang amat selamat untuk dijadikan sebagai makanan tambahan.

3. Orang-orang Sudan dan Mesir telah lama makan Gum Arabic tanpa sukatan dan tidak mengalami kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan mereka, malah memberikan mereka tenaga yang diperlukan untuk bekerja di ladang-ladang.

4. Gum Arabic tidak dicerna dalam usus tetapi diperam di dalam kolon dan apendiks, ini menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids, SCFA), yang menyumbang kepada pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama sebagai prebiotik. Prebiotik membekalkan makanan kepada bakteria baik probiotik yang bertanggungjawab dalam membebaskan sisa najis, toksin dan lemak berlebihan dari badan. Probiotik, yang hidup di dalam kolon dan apendiks, berperanan mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria berbahaya. Probiotik juga sedikit sebanyak beperanan mengurangkan kolestrol dalam darah, sebagai antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, sebagai anti-oksidan dan pendiding kepada keracunan hati dan jantung.



5. Kajian membuktikan Gum Arabic boleh mengurangkan beban kepada buah pinggang dan merawat sakit buah pinggang yang kronik. Bliss et al. (1996) dalam American Journal of Clinical Nutrition, melaporkan bahawa pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik yang makan diet rendah protein berserta 50 gram gum arabic sehari mempunyai perkumuhan nitrogen najis yang lebih besar dan urea serum lebih rendah berbanding dengan pesakit yang hanya makan diet rendah protein tanpa makan gum arabic. Gum arabic didapati boleh membantu menurunkan uraemia dan sekaligus mengurangkan kekerapan dialisis, dengan itu meningkatkan kualiti hidup pesakit kegagalan buah pinggang kronik. Kajian oleh Adil Ahmed Ali et. al. (2008) dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan, ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulan membuat kesimpulan bahawa pengambilan gum arabic boleh mengurangkan kesan buruk CRF.



6. Ramai ahli saintis atau pengkaji telah menemui atau membuktikan bahawa Gum Arabic adalah setaraf dengan susu ibu dari segi kesan prebiotiknya dan keberkesanan Gum Arabic merawat pelbagai penyakit yang berpunca daripada usus, lemak, gula atau kolestrol sudah tidak diragui lagi. Semua pengkaji bersetuju bahawa Gum Arabic boleh membantu badan berfungsi dengan sempurna bagi menghalang atau merawat pelbagai penyakit yang berpunca dari makanan dan minuman yang tidak sihat dan pencemaran air, udara dan radiasi.


A) Dr. Isam Siddiq, seorang pakar dalam Gum Arabic dan kegunaannya dari Sudan, berkata Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi usus. Dr. Isam menambah lagi bahawa kandungan prebiotik dalam Gum Arabic bertindak menyuburkan bakteria baik dalam usus yang bertanggungjawab membuang segala toksin, lemak yang berlebihan dan bahan-bahan yang tidak berguna (waste) dari badan. Prebiotik juga menguatkan sistem imun dan melawan bakteria yang berbahaya. Dr. Isam juga mengkritik karenah Barat yang lebih mempromosikan gandum dan barli sebagai sumber serat makanan yang diperlukan oleh badan, sedangkan gandum dan barli mengandungi kalori yang tinggi yang akhirnya membawa kepada penyakit diabetis dan obesiti. Sedangkan serat makanan yang amat baik untuk badan adalah serat makanan larut yang terdapat dalam Gum Arabic yang juga mempunyai kesan prebiotik. Kebanyakan doktor perubatan yang mengesyorkan pengambilan serat makanan antara 25-35 gram sehari adalah mereka yang tidak mempelajari tentang sains nutrisi, jadi mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang jenis serat yang baik dan yang tidak baik.


B) Gum Arabic boleh merawat cirit birit ringan, masalah buasir dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan saluran gastro usus, iaitu kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dan dubur. Ini telah dinyatakan oleh Prof. Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik. Beliau berkata, penyelidikan perubatan yang dijalankan ke atas Gum Arabic telah membuktikan bahawa ia berkesan dalam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit usus dan lain-lain, rawatan penyakit kulit sensitif, sembelit, cirit-birit, kekeringan, saraf kolon, kencing manis, oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif, kolesterol dan lain-lain. Menurut beliau lagi, kajian-kajian mengenai perkara ini telah dijalankan di Hospital Ahmed Qassim dan Hospital Ja'far Ibn Aouf di Sudan dan Hospital al-Qasr al-Aini di Mesir.


C) Hamid Al-Amin, pensyarah di Kolej Kebangsaan Sudan, dalam satu kajian mengenai perubatan kegunaan Gum Arabic, menamakan kelebihan Gum Arabic dalam rawatan lain penyakit seperti selesema dan cirit-birit di beberapa negara Afrika. Beliau juga mengkaji sumbangan Gum Arabic dalam mengurangkan kadar jangkitan penyakit jantung dengan menambah pengambilan serat dan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Di samping itu, Gum Arabic juga dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit diabetes.


D) Prof. John R. Lopin, Penasihat Saintifik di AidGum Foundation, menyatakan Gum Arabic adalah sejenis resin dan pada masa yang sama ia bertindak sebagai prebiotik untuk menghasil asid lemak rangkaian pendek (short-chain fatty acid) yang memberikan tenaga kepada badan di samping menguatkan fungsi usus.


8. Mengenai kemampuan Gum Arabic mengurangkan risiko sakit jantung, terutamanya sakit jantung koronari (Coronary Heart Disease, CHD), ini adalah dikaitkan dengan kemampuan gum arabic menurunkan paras kolestrol LDL dalam darah disebabkan kandungan serat makanan larut (soluble dietary fiber) yang tinggi dalam Gum Arabic. Kajian-kajian yang telah dibuat oleh Kromhort et al. (1982), Pietinen et al. (1996), Rimen et al. (1996), dan Khaw and Barrett-Connor (1987) telah membuktikan bahawa serat larut memainkan peranan penting dalam mencegah atau mengurangkan CHD.

9. Gum arabic adalah satu-satunya makanan yang mempunyai serat larut yang paling tinggi, mencecah sehingga 85% mengikut fakta pemakanan (nutrition fact) serbuk bancuhan segera gum arabic yang dikeluarkan oleh beberapa pengusaha. Ini bermakna pengambilan 10 gram gum arabic sehari menyumbangkan 8.5 gram serat makanan larut.



Antara kebaikan-kebaikan gam Arab yang telah dibuktikan melalui pelbagai kajian adalah seperti berikut:

  • Gam arab adalah sumber tenaga semulajadi.
  • Gam arab sangat berkesan untuk menstabilkan tekanan darah (pesakit darah tinggi).
  • Gam arab boleh mengurangkan penghasilan radikal oksigen bebas (free oxygen radical).
  • Gam arab menguatkan sistem imun badan bagi menangkis serangan pelbagai penyakit.
  • Gam arab membantu serapan mineral seperti zink, sodium dan kalsium.
  • Gam arab bertindak menghalang pertumbuhan sel kanser usus dan merawat keradangan (inflammation) usus.
  • Gam arab boleh membantu menurunkan berat badan (kerana pengguna merasa kenyang bila mengambil gam Arab).
  • Gam arab mempunyai kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang teruk (chronic and end stage kidney disease).
  • Gam arab berkesan mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah.
  • Gam arab membantu proses pembuangan toksin dari badan (detoxification).
  • Gam arab sangat berkesan untuk mencegah atau menghalang pembentukan karang gigi dan merawat gusi.
Credit : souq-al-manna.blogspot.com





Preorder borong sandy, silvy dan donna

Bismillah..

Kini preorder untuk borong barangan Mesir dibuka lagi untuk sesi March 2015. Kami menerima sebarang tempahan bermula sekarang hingga 20hb February. Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh diajukan terus melalui email mesircollections@gmail.com atau whatsapp +201100062258 (no mesir).

Senarai harga :
1) Stokin sandy
200 pasang RM 3.60 sepasang (RM 720)
400 pasang RM 3.40 sepasang (RM 1360)

2) Stokin Silvy
200 pasang RM 5.20 sepasang (RM 1040)
400 pasang RM 5.00 sepasang (RM 2000)

3) Handsock  / sarung lengan Donna
200 pasang RM 2.80 sepasang (RM 560)
400 pasang RM 2.60 sepasang (RM 1040)

Harga yang disebutkan sudah pun termasuk kos penghantaran terus ke alamat rumah anda :)